Akui sudah rujuk, Bella-Aliff Aziz bakal timang anak kedua

Akhirnya! Setelah sekian lama berteka teki, penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26 mengaku yang dia sudah kembali(rujuk) dengan suaminya, artis kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan kini sedang berbadan dua.

Perkara itu dikongsikan Bella menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal itu.

“Alhamdullilah, dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula,” katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula.

Sewaktu diaju soalan berbadan dua, Bella sekadar menjawab ringkas dan mengiyakannya: “Ya saya,” jawabnya.

Apapun, Bella meminta semua pengikutnya terus mendoakan supaya keputusan diambil itu adalah yang terbaik. Dia akui banyak belajar daripada pengalaman lalu: “Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa kamu,” katanya.

Pada Februari lalu, Bella mendedahkan dia sedia berkongsi mengenai hubungannya dengan Aliff secara terbuka apabila tiba masanya nanti.

Bella bercerai dengan Aliff pada Mei tahun lepas selepas penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu curang dengan beberapa wanita berbeza.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Sumber:HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: LMP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*