“Sump4h diva”- Kongsi foto anak ‘jeling’, kapsyen Jep bikin ramai terhibur

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati warganet. Meskipun, di musim kuarantin ini Jep yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak terkenal, Sepahtu turut beralih ke laman sosial Instagram bagi menghiburkan peminat dan pengikut.

Mempunyai jumlah followers 4 juta, pelawak ini tidak dinafikan menjadi antara selebriti yang diminati ramai malah jika ada rancangan yang membabitkan dirinya pasti mendapat sambutan luar biasa.

Lihat saja, rancangan Sepahtu Reunion Live dimana ada saja wataknya yang mencuit hati penonton meskipun difahamkan ianya secara langsung dan tiada skrip.

Setiap episod ditayangkan pasti membuatkan penonton terhibur, pun begitu ketika PKP dilaksanakan ini, rancangan berkenaan juga tiada dan terpaksa ditundakan bagi langkah berjaga-jaga.

Walau bagaimanapun, laman Instagram pelawak ini menjadi diantara pilihan ramai untuk menghilangkan kebosanan apabila dia juga aktif berkongsikan perkembangannya kepada semua.

Seperti biasa, posting lucunya seringkali membuatkan ramai terhibur dan perkongsian terbarunya ini juga tidak mengecewakan ramai meskipun hanya ringkas.

Ini kerana, dia memuat naik foto jelingan mata anak perempuannya, Dariya Inara namun kapsyen Jep juga membuatkan pembaca gelak besar.

“Bila kena suruh masuk…”

 

View this post on Instagram

 

Bila kena suruh masuk 😂😘 @dariyainaraofficial

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Ternyata dengan hanya kapsyen ringkas yang kena dengan foto anak Jep itu membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai maklum balas lucu warganet yang gelak besar selain turut berseloroh.

Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Teh Tarik Kaw

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*