“Saya Tak Alami Gej4la Selama Dua Minggu” – Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim yang telah disahkan positif COVID-19 memaklumkan dia tidak mengalami sebarang gejala dalam tempoh 14 hari selepas dijangkiti w4bak berkenaan.

Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram Live semalam.

Potongan video itu juga dikongsi oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Berani sangatlah korang berkeliaran luar rumah tanpa sebab!! Thanks for the sharing @ashrafmuslim

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

“Pada 12 April, saya dapat keputusan dijangkiti COVID-19, dalam tempoh 31 Mac hingga 12 April itu saya langsung tidak mengalami gejala.

“Tiada batuk, tiada dem4m, tiada apa-apa, sihat walafiat dan tidak mengalami sebarang gejala selama dua minggu.

“Masuk hari ke-15, barulah ada rasa sakit tekak dan mengalami gangguan pernafasan pada hari ke-16,” kata Ashraf dalam video tersebut

Dalam pada itu, Ashraf juga memaklumkan keadaannya kini beransur pulih.

“Namun keadaan sekarang bertambah baik walaupun masih ada rasa sakit tek4k.

“Apa yang saya nak cakap, bayangkan kalau orang kat luar sana yang tiada gejala macam saya tetapi tak buat pemeriksaan, sudah keluar sana sini, pergi rumah keluarga dan jumpa anak-anak, bayangkan,” katanya lagi.

Difahamkan, Ashraf telah dimasukkan ke hospita pada petang 12 April selepas disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahkan positif COVID-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.

Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Teh Tarik Kaw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*