“Bukan niat nak men1pu.. ”4 hari dem4m, Bella Astillah kngsi keputusan test Covld-19

BIMBANG dij4ngkiti wabak Covid-19 berikutan mengalami dem4m, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja berasa tidak sihat.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkata dia sudah menerima keputusan ujian tersebut pada Rabu dan disahkan dirinya bebas daripada wab4k tersebut.

Malah, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini juga menjalani pemeriksaan di sebuah klinik untuk memastikan keadaan kesihatannya.

Bella bersyukur disahkan negatif Covid-19.

“Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sihat. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sihat, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wab4k Cov1id-19.

“Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simpton wab4k tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan negatif Covi1d-19.

“Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya. Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengk4k. Mungkin disebabkan saya kurang minum air.

“Bibir saya pun jadi bengk4ak disebabkan ada ulser. Jadi, jangan risau saya hanya demam biasa sahaja,” katanya

Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi.

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Sebelum itu, di IG Live, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat Bella yang tidak henti b4tuk sepanjang sesi temu bual tersebut.

Selain kebimbangan mengenai kesihatannya, ada juga segelintir peminat yang ingin mengetahui status hubungan Bella dengan bekas suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz.

Malah, bait-bait lirik lagu terbaharunya judul Tenang juga dilihat seakan-akan memberi gambaran hubungan pasangan itu sudah kembali pulih selepas dilanda kontroversi.

Bella menjelaskan lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya.

“Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terlvka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula.

Bella dan Aliff bersama anak mereka, Ayden.

“Tapi lagu itu tak ada kena mengena dengan hubungan saya. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi dan orang sendiri tak tahu bila kami berbaik.

“Bukan niat saya nak meni1pu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi.

“Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, Insya-Allah saya dan Aliff akan kongsikan,” ujarnya.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: mstar via Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*