Terkejut ada sorang hamba Allah ni berikan selipar. Tapi ada lagi barangan lain yg adik adik ni dapat. Apa yang diberi sangat mengejutkan.

Kadang-kadang kita berniat hendak bergurau tapi tanpa disedari kata-kata itu telah mengusik hati orang lain. Baru-baru tular di media sosial apabila seorang penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura meninggalkan komen yang mengundang kem4rahan orang ramai pada satu video posting yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak orang asli diusik polis kerana berlegar-legar di luar rumah. Apa yang Ning tulis adalah “Miskin budak-budak ni, selipar pun takda,” ditambah dengan emoji ketawa. Ini kerana kesemua kanak-kanak yang ada dalam video tersebut tidak seorang pun memakai kasut. Tak apalah, husnuzon sajalah, mungkin Ning niat nak bergurau atau terlepas cakap.

Nak belikan budak-budak ni kasut!

Tapi apa yang menarik perhatian kami lagi apabila di twitter, seorang pemuda tampil menyuarakan isi hatinya untuk membelikan kesemua kanak-kanak orang asli yang ada dalam video tersebut sepasang kasut.

20 pasang selipar

Selepas beberapa jam, pemuda tersebut berjaya dapat hubungi cikgu kanak-kanak orang asli tersebut dan dia terus menghubungi untuk berikan hadiah iaitu 20 pasang selipar. Nampaknya semua kanak-kanak dalam video tu, dapat pakai kasutlah nanti. Ada orang belikan barangan sukan. Bukan tu je tau, pemuda tersebut memberitahu orang ramai menerusi laman twitter miliknya bahawa ada juga individu yang baik hati berikan sumbangan barangan sukan untuk anak-anak orang asli tersebut.

Wah! Baguslah rakyat Malaysia ni, saling membantu. Pantang nampak orang susah, pasti ada yang bermurah hati menghulurkan bantuan. Sikap empati dalam diri rakyat Malaysia, boleh dipuji. Semoga kebaikan begini berterusan sampai bila-bila, #kitajagakita. Sumber Sambal Tumis via hmtpress.allnws.com. Terbaiklah rakyat Malaysia. Kan bagus kita amik tauladan dari perkara-perkara yang baik. Jauhkan dari perkara yang negatif.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*