“Nak acik call lori ambik..”- Kanak-Kanak Merayau Waktu PKP Menangis Di Sakat Polis.

sudah berkali-kali kita diingatkan untuk berada di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP dijalankan, sebagai usaha untuk memutuskan rantaian Cov1id-19, namun sehingga kini masih ramai lagi yang berdegil.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berkeliaran di luar, telah didatangi oleh seorang anggota polis yang menegur tindakan mereka berkeliaran di waktu PKP.

Menangis kena sergah dengan polis

Di dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 46 saat, dilihat sekumpulan kanak-kanak itu menangis ket4kutan selepas disoal dan diberitahu oleh anggota polis tersebut, untuk membawa mereka semua ke balai polis.

Bagaimana pun, di pertengahan video anggota polis itu perasan terdapat salah seorang daripada mereka membawa bakul berisi kentang goreng untuk dijual. Justeru, anggota itu telah membeli kesemua jualan kanak-kanak itu.

Terbaiklah abang polis

Pendekatan anggota polis tersebut dipuji netizen,dalam bersikap tegas masih lagi ditunjukkan sifat murni untuk menolong kanak-kanak ini.

Abang polis tu sayang korang dik

Polis dan rakyat berpisah tiada

Pendekatan terbaik

Setakat ini lokasi belum dapat dikenal pasti, tetap diharapkan, ibu bapa selepas ini harus lebih tegas dan peka dengan keadaan anak-anak dan tidak sambil lewa dalam menjalani arahan PKP.

Sumber : Dzul SP

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*