[VIDEO] Gara2 Zizan Razak lupa zip seluar masa ICSYVM, Ramona gelak besar!

Rancangan hiburan popular ini kini telahpun mendapat perhatian ramai  I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) dan seperti yang sedia maklum bahawa rancangan berkenaan sudah memasuki musim ketiga.

Berkonsepkan selebriti yang dijemput perlu meneka penyanyi misteri sama ada penyanyi sebenar mahupun penyanyi penyamar itu membuatkan rata-rata penonton terhibur. Apatah lagi, dapat menyaksikan gelagat hos tetap rancangan berkenaan iaitu Shuk Sahar dan Sean Lee.

Tidak dilupakan juga, panel penyiasat tetap rancangan ini turut membuatkan penonton tak kering gusi menonton I Can See Your Voice Malaysia setiap musim dan kali ini penonton dapat menghiburkan diri dengan gandingan penyiasat seperti Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim.

Bukan itu saja, pada setiap minggu dimana rancangan ini akan bersiaran pada setiap malam Ahad di siaran TV3 juga menampilkan penyiasat jemputan dan pada malam tadi pula, penonton dapat menyaksikan beberapa selebriti jemputan.

Antara penyiasat ICSYVM adalah pelakon dan penyanyi terkenal Zizan Razak, pelakon Ramona Zamzam dan penyanyi muda, Ben Ladin.

Pun begitu, apa yang mencuit hati ramai dengan perkongsian Zizan Razak menerusi Instagram miliknya yang turut membuatkan ramai gelak besar apabila dia mendedahkan terjadinya satu kejadian ketika rakaman ICSYVM dimana dia berkata ketika itu dia lupa untuk zip seluar.

Kejadian lucu dikongsikan Zizan Razak

Video dikongsikan berkenaan membuatkan dia sendiri gelak apabila melihat pelakon, Ramona Zamzam gelak ketika kejadian berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Sejujurnya memang Zizan lupa zip seluar masa buat @icanseeyourvoicemalaysia ni. Aduih kalau nak tau selanjutnya jangan lupa malam ni di @tv3malaysia tapi suara @ramonazamzam gelak memang buatkan ramai rakyat malaysia kagum dengan kesabaran suaminya… #icanseeyourvoice #zizanrazak #2020

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Di ICSYVM, Ramona gelak besar buat ramai juga tertawa

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama gelak melihat gelagat Zizan Razak dalam rancangan berkenaan lalu didedahkan di Instagram.

Sumber: Instagram Zizan Razak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*