Uqasha Senrose Dedah Laporan Ujian Saringan Covid-19

Pelakon Uqasha Senrose lega apabila laporan ujian saringan Covid-19 yang diterima menunjukkan keputusan negatif.

Uqasha yang sebelum ini de mam panas berpanjangan, disahkan bebas daripada wa bak itu selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat pervbatan swasta di Petaling Jaya, Jumaat lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang.

“Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya de mam biasa, namun rasa bimbang tetap ada.

 

View this post on Instagram

 

i miss …. 😟

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

“Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Ta kut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Uqasha memuat naik entri di Instagram menunjukkan dia menjalani pemeriksaan Covid-19 melalui kaedah padu laju di sebuah hospital swasta.

Rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada v1rus berkenaan.

Sumber: BH Online, ig @uqashasenrose2

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: HLK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*