Dr Zulkifli redah kebun sawit hulur bantuan demi kesusahan

PKP pertama diadakan pada 18 sehingga 31 Mac lalu, namun dilanjutkan untuk fasa kedua sehingga 14 April ini ekoran penularan wabak berkenaan.
Ia susulan negara kini melaksanakan PKP bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan berlangsung, seluruh penduduk di Malaysia merasai kesannya. Bukan sahaja perlu berkurung di dalam rumah, bahkan ada yang tiada pendapatan  kerana mendapat gaji hari dalam pekerjaan mereka.

Namun begitu, kehidupan warga asing yang bekerja di Malaysia lebih memeritkan. Hal ini kerana kebanyakkan daripada merka bekerja sebagai buruh dan mendapat gaji hari.

Ramai yang kehilangan pendapatan
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri apabila meredah kebun kelapa sawit menyantuni mereka.

Menerusi media sosial rasmi beliau, Dr Zulkifli menyatakan bahawa seramai 142 keluarga warganegara Indonesia tinggal kawasan tersebut dan telah kehilangan pendapatan sejak PKP berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

Di tengah hiruk pikuk pembangunan di hutan batu, ada sesuatu yang menginsafkan kita. ⁣ ⁣ Hati kecil ini terusik sejak mula menjejakkan kaki ke sini. Ada 142 keluarga berasal dari Indonesia yang menetap di sini. Kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar. Mereka terputus sumber pendapatan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan. ⁣ ⁣ Saya berharap dengan bantuan barangan asas berjumlah RM8,000 dan makanan ready-to-eat yang disumbangkan , ia dapat meringankan sedikit beban mereka. Saya berpesan kepada mereka, “Kita harus sama-sama kuat pak! Doa, solat dan munajat harus diteruskan.”⁣ ⁣ Sekurang-kurangnya, ada makanan untuk setiap keluarga di atas meja. Terima kasih JAWI dan Dato Hj. Muhammad Chan atas usaha ini. ⁣ ⁣ #StayAtHome #KitaJagaKita #MUSAADAHCOVID19

A post shared by YB Menteri di JPM (Agama) (@drzulkifli.albakri) on


Beri sumbangan kepada warga asing

Beliau mengakui sebak apabila melihat kehidupan mereka dan tampil menghulurkan sumbangan berjumlah RM8,000 serta bekalan makanan buat mereka semua.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berpesan kepada warga Indonesia itu agar terus bertabah dan memperbanyakkan berdoa agar kita sama-sama mampu bertahan dengan ujian ini.

Melihat suasana seperti ini terasa sayu…

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Zulkifli kerana tidak mengira agama, bangsa dan keturunan untuk menghulurkan bantuan sepanjang PKP ini.

Mereka juga berharap agar makin ramai yang dapat membantu warga asing yang kehilangan pendapatan kerana mereka juga sedang kesusahan dalam menghadapi cabaran Covid-19 ini.

Inilah namanya pemimpin

Sebenarnya ramai yang kesusahan

Sumber : Dr Zulkifli Al Bakri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: GF News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*