[Video] Pertambahan 2 kawasan Zon Merah, Dua lagi Bangunan Di KL Kena Tutup. Tentera & PDRM Siap Pasang Kawat Duri Lagi!

Untuk sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur, korang kena Take note! Dua lagi bangunan telah ditutup oleh pihak berkuasa, lapor Sin Chew Daily dan China Press.

Bangunan Flat Selangor Mansion dan Flat Malayan di Jalan Masjid India telah ditutup awal pagi tadi oleh pasukan polis dan tentera. Siap pasang kawat duri lagi tak nak bagi orang keluar masuk!

Kalau korang nak tahu kedua-dua bangunan terletak lebih kurang tujuh minit je berjalan kaki dari bangunan pertama di Kuala Lumpur yang diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Menara City One.

Akhbar Cina ini juga turut melaporkan PKPD di kedua-dua bangunan ini akan berlanjutan hingga 14 April 2020.

Dua bangunan di Masjid India, KL diletakkan di bawah PKPD berkuatkuasa hari ini

DUA bangunan di Kuala Lumpur menjadi lokasi keempat diletakkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada 7 April.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, kedua-duanya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 15 kes positif j4ngkitan Cov1id-19 di kedua-dua bangunan tersebut.

“Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“PKPD ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu,” katanya pada sidang media, petang Selasa.

Para petugas Kementerian Kesihatan kelihatan keluar dari Flat Selangor Mansion selepas menjalankan pemeriksaan serta ujian s4ringan Covid-19 setiap penghuni Flat Selangor Mansion. Foto Bernama

Ismail Sabri berkata, perintah tersebut akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan kes dari unit ke unit selesai dilakukan.

Beliau menambah, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung j4ngkitan Covi1d-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya.

Sebelum ini, terdapat tiga lokasi PKPD dikuatkuasakan berikutan kes positif Covi1d-19 yang tinggi iaitu Simpang Renggam di Kluang, Johor; Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

1. Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

2. Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan (essentials) di bangunan tersebut.

4. Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.

5. Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

6. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

7. Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL 03-4026 7222 atau 016-2962982.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*