“Kejung Je Duduk Tunggu Doktor” – Isteri Saharul Ridzwan Par4noid Kena Keluar Buat Check-Up Gara-Gara…

Isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir mendedahkan bahawa dia menjadi seorang yang par4noid apabila terpaksa keluar rumah bagi menjalani pemeriksaan bayi dalam kandungannya di hospital ketika negara dilanda penul4ran wab4k Cov1d-19.

Menurut Deena, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selama ini, dia hanya menghabiskan masa dengan duduk di dalam rumah sahaja.

“Alhamdulillah, baru lepas check up baby. Dah tujuh bulan rupanya. Punyalah mummy sibuk sampai tak perasan.

“Tapi nak ke hospital pagi (semalam) tadi Ya Allah, paranoid ya amat. Buat pertama kali keluar rumah. Selama ni dekat pagar depan pintu pun tak pergi,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Jelas Deena lagi, disebabkan khuatir dengan jangk1tan v1rus berkenaan, dia cuba mengehadkan pergerakannya ketika berada di luar.

“Terpaksa juga keluar sebab dah tangguh temu janji lama sangat. Kejung je Deena duduk di kerusi sementara menunggu doktor. Allah. Moga-moga sihat walafiat dan dijauhkan daripada wabak peny4kit Covid-19. Amin Ya Rabb,” tulisnya.

Dalam posting tersebut, Deena turut berkongsi video yang imbasan ultra bunyi kandungannya.

 

View this post on Instagram

 

Baby adik says please #StayAtHome and always wash your hands 🖐🏼 . Alhamdulillah baru lepas check up baby. Dah 7 bulan rupanya punyalah mummy busy sampai tak perasan. Tapi nak ke hospital pagi tadi Ya Allah paranoid ya amat. For the first time keluar rumah. Selama ni dekat grill depan pintu pun tak pegi. Terpaksa jugak keluar sebab dah postponed appointment lama sangat. Kejung je Deena duduk kat kerusi while waiting for the doctor. Allah. Moga moga kita sihat walafiat & dijauhkan dari wabak penyakit covid19. Aamiin ya rabb.

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Rakaman video itu turut menunjukkan imej jelas tangan telapak tangan anaknya.

“Baby adik kata tolong #stayathome dan selalu basuh tangan”, tulisnya yang kini sedang mengandung anak kedua.

Deena mendirikan rumah tangga dengan Saharul pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Soya lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*