6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Di Waktu Pagi Untuk Turunkan Berat Badan.

6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Di Waktu Pagi Untuk Turunkan Berat Badan. Jom Cuba!| – Sudah pasti ada yang sedang menurunkan berat badan. Pelbagai tips yang telah dilakukan tetapi berat badan tetap sama. Biasalah banyak dugaan nak turunkan berat badan ni. Apa-apa pun tak salah kita nak cuba untuk turunkan berat badan kita janji kita makan ubat atau makanan yang sihat supaya tubuh badan kita pun sihat.

6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Di Waktu Pagi Untuk Turunkan Berat Badan. Jom Cuba!

Sebenarnya, proses menurunkan berat badan melibatkan keseimbangan rutin harian yang sihat dan disiplin yang kuat. Memandangkan waktu pagi adalah waktu yang kritikal untuk menentukan mood anda sepanjang hari, maka sebab itulah rutin setiap pagi mampu memainkan peranan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan berkesan.

Di sini kami inginkan kongsikan 6 tips untuk turunkan berat badan dengan cepat. InsyaAllah kita usaha sama-sama. Kita buat ini sebab nak jaga kesihatan supaya tubuh badan kita sihat ye.

6 TABIAT PAGI YANG MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA DENGAN CEPAT

1. MINUM AIR SUAM / LEMON

Salah satu tabiat yang baik untuk diamalkan adalah meminum air suam. Walaupun anda mungkin tidak berasa haus, sebenarnya tubuh kita terhidrasi sewaktu kita tidur. Sebuah kajian dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism mendapati bahawa meminum 500ml air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 30%.

Untuk mengaktifkan lagi sistem pencernaan, anda juga boleh menambahkan perahan lemon ke dalam air suam tersebut.

2. MULAKAN HARI DENGAN MAKANAN TINGGI PROTEIN

Jika selama ini anda hanya bersarapan dengan roti dan kaya, apa kata cuba tukarkan dengan pengambilan makanan tinggi protein seperti telur. Protein yang terdapat dalam telur memberi rasa kenyang buat masa yang lebih lama dan turut berfungsi membakar kalori.

Dalam satu kajian, wanita yang memenuhi sekitar 2/3 keperluan protein harian (iaitu 30-39 gram) pada waktu sarapan akan berasa kurang lapar dan cenderung mengambil makanan yang kurang berkalori ketika makan tengah hari.

Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.

3. ELAKKAN BERSARAPAN DEPAN TV / GAJET

Masa makan mungkin lebih seronok jika kita dapat menonton TV atau video Youtube dari telefon pintar. Tapi, dengan melakukan aktiviti sebegini, ia menyebabkan kita tak perasan berapa banyak makanan yang telah kita makan.

Sebuah penelitian Food Quality and Preference mendapati ‘crunch effect’ atau bunyi mengunyah makanan yang dapat didengari oleh seseorang sudah cukup untuk membuat seseorang makan sekadarnya. Sebaliknya, mereka yang menggunakan headphone atau menumpukan perhatian kepada TV lebih cenderung untuk makan 25% lebih banyak berbanding kuantiti normal.

4. LAKUKAN SESUATU UNTUK DE-STRESS

Selepas bangun tidur, cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang dapat menghilangkan rasa stres. Contohnya dengan menghirup udara segar atau menulis jurnal. Solat, membaca Al-Quran atau bermeditasi juga adalah amalan yang amat baik untuk mengurus emosi.

Apabila anda stres, paras kortisol akan menigkat, dan salah satu fungsi kortisol ini adalah menyimpan lemak dalam perut. Stres juga merendahkan kadar metabolisme tubuh. Buktinya, apabila 2 orang wanita makan makanan yang sama setiap hari, wanita yang lebih relaks dan gembira berjaya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang stres, seperti yang dinyatakan dalam kajian Biological Psychiatry.

5. PILIH SNEK YANG BAIK UNTUK DIBAWA KE PEJABAT

Sebelum ke pejabat, masukkan sebiji epal atau buah-buahan ke dalam beg. Tabiat ini dapat menghindarkan anda daripada membeli snek yang tidak berkhasiat dan makanan segera ketika dalam perjalanan ke pejabat.

Dalam keadaan lapar juga, seseorang lebih cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat dalam kuantiti yang lebih banyak. Jadi, bagi yang suka mengunyah tu, lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

6. LAKUKAN SENAMAN REGANGAN

Senaman regangan yang mudah setiap pagi membantu anda melegakan otot-otot yang tegang. Ketegangan otot ini dipercayai memberi respon stres yang sama seperti tekanan emosi.

Maka dengan melakukan senaman regangan, seseorang lebih cenderung berasa gembira dan ini meningkatkan kesan hormon yang positif dalam tubuh. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah, sekaligus menjadikan tubuh lebih bertenaga. Bila rasa bertenaga, kita pun kurang ‘mengidam’ untuk makan macam-macam makanan yang tak sihat.

Tak perlu pergi gym, di rumah dan di pejabat pun dah boleh buat senaman regangan kan?

JOM AMALKAN!

Walaupun nampak remeh, itulah 6 tabiat pagi yang amat berkesan untuk membantu seseorang mencapai berat badan ideal dengan efektif. Janganlah hanya amalkan sehari dua jer..

Hanya dalam 20-30 minit, anda boleh melakukan semua langkah ini dengan mudah. Selain membantu menurunkan berat badan, tabiat ini juga boleh membuat anda akan berasa lebih sihat, ceria, dan segar sepanjang hari. Cubalah!

Semoga kita berjaya menurunkan berat badan kita dan tubuh badan kita menjadi sihat.

Category: TIPS

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Khalifah media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*