Baru-baru ini, pengarah penerbitan ut4ma, Jung Chul Min memutuskan untuk mengundur diri daripada program terkenal di Asia iaitu Running Man.
Keputusan itu dilakukan Chul Min selepas 10 tahun bersama dengan Running Man.
Berita itu disahkan sendiri oleh pihak penyiaran Running Man, Special Broadcasting Service (SBS).
“Saya telah menjadi Producing Director (PD) selama kira-kira 11 tahun sekarang, dan tujuh tahun yang saya habiskan untuk bekerja terus pada ‘Running Man.’ Saya mempunyai pemikiran untuk mencuba jenis kerja yang berbeza. Tambahan pula, kesihatan saya tidak begitu baik, dan juga lutut saya dalam keadaan teruk”
“Tidak mudah datang dengan idea baru setiap minggu,” katanya.
“Saya sangat meminta peluang untuk berehat dari program itu dan menerima beberapa input baru.”, tambahnya lagi.
“Jung Chul Min bakal menjalankan penggambaran terakhirnya bersama Running Man pada 18 Februari. Running Man kemudiannya akan diambil alih oleh Producing Director (PD) yang baru, Choi Bo Pil,” jelas wakil SBS.
Terdahulu, Chul Min telah terlibat dengan Running Man sejak menyertai SBS pada tahun 2010.
Dia kemudiannya dipilih menjadi PD utama Running Man pada tahun 2017 sehingga kini.
Untuk rekod, Running Man telah memulakan siarannya sejak Julai 2010 dengan anggota asal iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary dan Song Joong Ki.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Gempak
Leave a Reply