“Berkat Mengamalkan Bacaan Yassin 7 Mubin Ini..” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Mengamalkannya Untuk Kesembuhan Adik

 

Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan pot0ngan ayat-ayat tertentu mampu menjadi asbab penawar kesakitan, penyembuh h4ti mahupun menunaikan hajat. Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa. Salah satunya dengan mengamalkan yassin 7 mubin ini.

Fadhilat Yasin 7 mubin ini dikongsikan oleh AtieQa Hod di laman facebook miliknya sendiri, ketika berhadapan saat suk4r ditimpa ujian dan dugaan hampir kehilangan adik tersayang.

Berikut perkongsian beliau sebagai panduan;

“Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian bes4r dari Allah SWT. Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kem4l4ngan teruk yang hampir meragut nyaw4”

“Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.”, hurainya panjang.

Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77

“Setiap kali berhenti di ayat Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh. Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.”

“Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan k0ma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.”

Sejak itu..

Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Atieqa Hod via MW

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*