“Hari-Hari Hidupkan Enjin, Ada Orang Jaga.. ,” Biar Jarang Pakai Tapi Dalam Kereta Mesti Bau Wangi, DSV Mengakv Dah 3 Tahun Beli Bentley Dua Pintu Tapi Hanya ‘Tersadai’

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim disapa sebagai DSV sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley yang dibelinya kira-kira tiga tahun lalu ‘tersidai’ di halaman.

Malah kiraan jumlah perjalanannya setakat ini juga hanya tidak lebih 3,000 kilometer.

Selain memberi ulasan panjang lebih terhadap vid3o berdurasi 3 minit 41 saat itu, penyanyi lagu I Am Me ini menerusi ruangan kapsyen juga turut memberitahu kereta rona putih itu masih lagi baru, seperti baru keluar dari kedai!

“Beli BENTLEY ni 3 tahun lps. Macam baru kluar kedai. Millage pun tak lebih 3 ribu. Tapi tengoklah realitinya…,” tulis Vida sambil disusuli dengan harga serta pembelian minyak wangi keluarannya.

Vida menerusi IG TV antara lain turut memberitahu dia mementingkan penjagaan dalam kereta agar sentiasa dibersihkan dan berbau wangi. Di ruangan komennya, dia juga memberitahu keretanya di jaga dengan elok dan dihidupkan enjin setiap hari

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara komen tersebut mendapat reaksi ibu kepada dua cahaya mata ini.

 

Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 140,000 kali dengan mendapat kira-kira 11,000 tanda suka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Instagram Dato Seri Vida via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*