Ist3ri yang bergelar surirumah tangga sememangnya secara total bergantung hidup kepada suami. Maklumlah tak bergaji, wang hanya diperoleh daripada suami sama ada untuk membeli keperluan sendiri atau barang harian. Jika suami tidak beri, memang tiadalah sumber lain bagi isteri yang tidak bekerja.
Oleh itu sebagai suami, setiap hari setelah anda berikan wang, periksa balik perbelanjaan isteri hari-hari. Bukan check dia beli apa sebaliknya periksa total perbelanjaan supaya anda tahu duit yang diberi telah habis atau tidak. Jika habis gantikan kerana ia merupakan tanggungjawab seorang suami.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin
“Tiada istilah menghabiskan duit atau tak pandai jimat bila isteri guna duit suami ke arah perbelanjaan harian…”
Isteri memang selalu akan letak resit perbelanjaan harian dia di fridge…
Bila saya balik keje, saya tengok satu-satu resit yang dia letak… Itu adalah perbelanjaan dia untuk hari itu, jumlah yang dia keluarkan bila dia pergi beli barang-barang mentah atau kering di pasar…
Dia surirumah, 100 peratus mengharapkan duit suami, dia tiada duit sendiri…
Apa yang saya buat bila tengok resit tersebut? Saya tak tengok apa yang dibeli, tapi total yang dibayar…
Diganti Balik
Klu dia spend 30 ringgit, maka saya ambik 30 ringgit atau lebih dari dompet saya, saya ganti balik dalam beg duit dia… Top up semula, bagi ada balik duit belanja untuk dia gunakan esok atau lusa dan hari-hari seterusnya…
Saya bukan nak cakap yang saya ini duit banyak… Tetapi duit yang isteri keluarkan untuk beli barang-barang keperluannya untuk memasak, untuk makan, adalah dibawah tanggungjawab seorang suami…
Wajib bagi dan wajib ganti kalau dia guna duit sendiri…
Tak kan sampai tahap macam itu sekali kot?
Ya, bila dah nama tanggungjawab kita, maka kita yang sepatutnya sediakan semampunya… Tak boleh lari dah dari ketentuan itu sebab semua ini akan ditanya kelak di hari pengadilan…
Semoga bermanfaat !
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Firdaus Shakirin via Mingguan Wanita
Leave a Reply