“Tolong Ambil Tokti Hos Tetap,” – Siti Nurhaliza Jadi Hos Jemputan MeleT0P, Ramai Fans Suka!

Menerusi entri terkini milik penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa keping foto ketika diundang menjadi hos jemputan rancangan MeleT0P, pada Selasa malam.

Lalu, penyanyi lagu Anta Permana ini meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menjadi pengacara jemputan program tersebut di samping hos tetapnya, Nabil Ahmad.

“Terima kasih semua yang menonton Melet0p. Diharapkan semua sudah terhibur.

“Tq semua yg terlibat @melet0p @fiziwoo @epie_temerloh @farahdinana,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih semua yang menonton Meletop… Diharapkan semua sudah terhibur… Tq semua yg terlibat @meletop @fiziwoo @epie_temerloh @farahdinana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan berasa terhibur apabila menonton penyanyi berusia 41 tahun menjadi seorang pengacara rancangan televisyen.

Sekadar informasi, Siti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2006.

Selepas itu, Siti selamat bergelar ibu selepas melahirkan Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Rakan hos terdahulu, Neelofa beberapa bulan lalu mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi hos untuk program hiburan terbabit selepas terlibat selama lapan musim.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*