“Siap Ada Tarian Singa,” Tahun Baru Cina Keluarga Majmuk Ebit Lew Meriah

Disebabkan masyarakat yang majmuk di negara ini, tidak hairan langsung jika ada dalam kalangan mereka sudahpun berkahwin dengan pasangan berbangsa lain dan sudahpun menukar agama.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah masalah bagi sesetengah pihak kerana ia langsung tidak memutuskan perhubungan sebagai sebuah keluarga.

Hal tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang  sama-sama berkumpul dengan saudara-mara pada sambutan Tahun Baru Cina keluarganya tempoh hari.

Meraikan Tahun Baru Cina di kampung halaman, Ustaz Ebit Lew sempat berkongsi kemeriahan perayaan tersebut di media sosial miliknya.

Melalui gambar-gambar yang disertakan, jelas sekali keluarga besarnya bersikap terbuka dalam pegangan masing-masing dan kekal menghormati antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik yang dilakukan oleh Ebit Lew, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di Instagram miliknya.

Mereka juga sempat mendoakan agar keluarga besar Ebit Lew terus menjalinkan ukhwah sebaiknya dan diberi kesejahteraan hingga ke akhir hayat.

Sumber : Ebit Lew

Sumber: Rosemerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*