Bapa dedah arw4h sempat upload status WhatsApp tentang koronav1rus sebelum rebah – “Abah, sekarang kat China orang jalan tiba-tiba tumbang”

GADIS yang meningg4l dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13 dekat Shah Alam pada Ahad lalu sempat memuatnaik satu status ‘meruntun hati’ di WhatsAppnya beberapa jam sebelum pergi menghadap Ilahi.

Perkara itu dikongsi Norazlan Mokhri, 47, bapa kepada Allahy4rham Nur Izzah Izzati selepas dimaklumkan isterinya mengenai perkara itu, pagi Rabu.

“Aku berdoa agar v1rus ini (koronav1rus) dijauhkan daripada menyentuh kedua ibu bapaku, adik-beradikku, saudara mara, rakan-rakan, kenalanku dan semua warga Malaysia. Amin,” tulis Nur Izzah Izzati di status WhatsAppnya, kurang lima jam sebelum dia meningg4l dunia.

Menurut Norazlan, dia terkejut melihat status anak bongsunya itu yang memohon kepada Allah agar keluarganya dan juga rakyat Malaysia dijauhkan daripada wab4k berbahaya itu.

“Saya dapat tahu tentang status WhatsApp arwah apabila dimaklumkan isteri saya. Isteri saya tiba-tiba tunjuk (status) dekat saya sambil nangis.

“Bila tengok status tu memang saya terkejut, mengalir air mata saya. Arw4h macam dah tahu dia akan pergi.

Status WhatsApp Atie yang sempat ditulisnya beberapa jam sebelum meningg4l dunia.

“Dia buat status tu hari yang sama pukul 12.30 tengah hari. Lepas tu pukul 5 petang (Ahad) dia meningg4l,” katanya kepada mStar.

Malah Norazlan turut mendedahkan anaknya itu kerap meluahkan kebimbangan mengenai jangkitan koronav1rus yang semakin menular di seluruh dunia.

“Sepanjang minggu ni dia memang kerap cerita pasal v1rus tu. Dalam kereta sebelum kejadian tu dia ada cakap dengan saya ‘abah sekarang dekat negara China orang jalan-jalan tiba-tiba tumbang’.

“Saya pun pesan kat dia supaya berhati-hati. Bahaya juga kerja berurusan dengan macam-macam cutsomer lebih-lebih kalau orang luar. Tapi tak sangka benda tu (tiba-tiba pengs4n) jadi kat anak saya pula,” katanya.

Meskipun timbul khabar angin yang mengaitkan kem4tian Nur Izzah Izzati atau lebih mesra disapa Atie dengan wab4k koronav1rus, Norazlan menafikan perkara itu.

“Hasil keputusan bedah siasat menunjukkan kem4tiannya tiada kena mengena dengan koronav1rus.

“Dia pun tak ada s4kit apa-apa. Sebelum kejadian dia macam biasa. Dalam video yang tular tu dapat tengok dia ceria masuk kedai sebelum tiba-tiba pengs4n,” katanya.

Atie amat rapat dengan bapanya.

Tambah Norazlan lagi, dia sempat menemani anaknya itu keluar buat kali terakhir kira-kira pukul 3 petang Ahad lalu.

“Pada hari kejadian, saya tak berniaga kebetulan arw4h cuti sebab nak pergi kenduri tunang kawan dia.

“Lepas tu arw4h ajak saya keluar beli barang. Sampai dekat kedai, saya cakap dekat arw4h saya tunggu dalam kereta. Selang lima minit kemudian kawan dia tiba-tiba datang kat saya beritahu arw4h pengs4n.

“Saya pun bergegas keluar. Waktu tu saya tengok dia macam dah kejang dah. Saya tengok tangan dia dah biru. Saya urut tak boleh. Saya dapat rasakan nadi dia dah tak ada,” katanya.

Saya masih lagi ingat sebelum dia meningg4l dia sempat deko bilik tidur dia. Dia tanya saya nak letak cermin dekat mana? Saya pun tolong angkat katil dia sebelum kami keluar.

NORAZLAN MOKHRI.

Bapa.

Jelas Norazlan, dia terus mengangkat Atie masuk ke dalam kereta sebelum membawanya terus ke hospital berdekatan premis itu bersama seorang rakannya.

“Saya terus bawa dia ke wad kecem4san. Masa tu doktor segera beri bantuan tapi arw4h tetap tak beri sebarang respons.

“Doktor cakap nak cuba lagi sekali tapi saya minta doktor untuk berterus-terang mengenai keadaan anak saya. Saya kata kalau dia ada atau tak ada saya reda je. Lepas tu barulah doktor cakap anak saya dah tak ada sebenarnya,” katanya.

Atie seorang anak yang happy go lucky.

Norazlan berkata pemergian Atie benar-benar memberi kesan kepada keluarga terutamanya dirinya yang amat rapat dengan anak bongsunya itu.

“Pemergian dia memang beri kesan pada keluarga tapi saya paling terasa betullah sebab dia amat rapat dengan saya. Dia anak yang manja. Dia juga jenis happy go lucky.

“Saya masih lagi ingat sebelum dia meningg4l dia sempat deko bilik tidur dia. Dia tanya saya nak letak cermin dekat mana? Saya pun tolong angkat katil dia sebelum kami keluar.

“Saya memang tak perasan sama ada itu perlakuan pelik dia. Jadi saya ikutkan saja. Rupa-rupanya itulah hari terakhir dia sebelum pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*