Terbaru, penyanyi, Nora Ariffin ada memuat naik satu posting di akaun instagramnya beserta kapsyen serta wajah anaknya, Mohd Syakir Alif yang membuatkan rata-rata pengikut instagramnya tersentuh.
Nora Ariffin yang baru sahaja kehilangan anak keduanya itu, menerusi postingnya itu, meluahkan rasa rindu pada anaknya itu.
Tambahan pula, anak bongsu perempuannya, Putri Nor Fatehah memberitahunya yang dirinya bermimpi akan arwah abangnya, Alif.
Melalui perkongsiaan Fatehah itu, nyata membuatkan hati seorang ibu rindu akan anaknya itu.
“Pagi ni fatehah bangun dari tidur..Bukak mata…Fatehah ckp…”
“Mama…fatehah mimpi abang Alif… best sgt.”
“Then dia bercerita…..till the end..At the end, fatehah said…I wish that Allah can bring abang Alif back home.”
Dari perkongsiaan yang dikongsikan Fatehah kepada Nora, membuatkan hati seorang ibu luluh dan rindu pada arwah anaknya itu.
“Ya Allah….sesungguhnya hanya engkau yg mengetahui hati seorang ibu yg merindui anaknya & anak kecil yg rindukan seorang abang @ juga papa nya.”
“#mamarindualif”
“Al-Fatihah Alif Johan”
Sementara itu, melalui perkongsiaan Nora itu, di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan arwah Alif serta meninggalkan kata-kata semangat pada Nora.
Sekadar perkongsiaan, Nora merancang untuk membawa kedua-dua anak perempuannya untuk menunaikan umrah pada bulan Mac nanti.
Terdahulu, Nora telah kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer.
Sumber : Instagram Nora Ariffin.
Leave a Reply