Majlis yang bertemakan #MalamBulandiPagarBintang menyaksikan Elly Mazlein Sah Bergelar Isteri kepada Cikgu Azlan..

Penyanyi, pelakon dan pengacara TV, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohd Azlan Che Noh yang dikatakan lelaki pujaan hatinya dengan hanya sekali lafaz.

Majlis berkenaan telah berlangsung di Dewan Merdeka Trade Center, Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam. Majlis yang bertemakan #MalamBulanDiPagarBintang itu berlangsung dengan meriah sekali.

Majlis yang berlangsung itu disaksikan oleh  keluarga pihak lelaki dan perempuan, rakan-rakan selebriti, media dan juga teman rapat.

Elly Mazlein dan suaminya dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi dan menerima seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwinnya.

Elly Mazlein yang popular dengan drama Kampung People ini terdahulu dirisik oleh suami pada 19 Oktober 2019, seterusnya melangsungkan majlis pertunangan pada 17 December 2019.

Melalui dua majlis yang telah berlangsung itu, Elly Mazlein masih berahsia berkenaan wajah suaminya itu. Namun pada malam berinai yang diadakan sebelum majlis akad nikah, Elly mendedahkan wajah suaminya itu.

Mohd Azlan Che Noh mula berkenalan dengan Elly Mazlein sejak Ogos tahun lalu, melalui perkenalan itu, terus membuatkan lelaki yang berasal dari Kelantan ini menyunting Elly menjadi suri hatinya.

Terdahulu, Elly Mazlein pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta namun berakhir dengan pencer4i4n. Melalui perkahwinan itu dikurnikan seorang puteri cantik manis, Putri Sara Sefhia Azmi.

Melalui perkongsiaan itu, ramai peminat-peminat mendoakan kebahagiaan Elly Mazlein dan ada juga yang memuji suaminya..

Sumber : Instagram Elly Mazlein

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*