Syafie Naswip Kumpul duit, Ikat perut untuk Keluarga..

Syafie Naswip antara pelakon yang berbakat besar, baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah rumah kepada mak dan ayahnya.

Dengan niat yang baik, mahu gembirakan orang tuanya, Syafie dan adik-beradiknya berpakat untuk membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah kepada orang tuanya.

Katanya, mereka mula menyimpan duit selama dua tahun bermula pada tahun 2016 lagi.

“Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah…
Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016.

Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat  yang betul, doa dan usaha yang tidak putus,

Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini.

Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya,

Aku terharu dan bersyukur,

Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya  tersenyum.

Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini,

Dan aku harap Allah permudahkan segalanya.

More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️”

 

 

View this post on Instagram

 

Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Melalui video yang dikongsikan itu, jelas terpancar riak wajah gembiranya seorang ibu dengan hadiah yang diberikan.

Walaupun rumah yang dihadiahkan itu belum siap sepenuhnya namun Syafie merasa bersyukur dapat membuat emak dan ayahnya tersenyum.

Dengan apa yang dilakukan itu, rata-rata netizen serta rakan artis memuji dan kagum dengan sikap baik Syafie itu.

Pada masa kini, Syafie sedang sibuk dengan lakonan terbarunya menerusi drama #HelloBaby yang akan disiarkan di #slotLestarytv3

Sumber : Instagram SyafieNaswip

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*